Sunday, 9 March 2014

Kempen yang berkaitan dengan Alam Sekitar

Kempen 'Clean and Green Singapore' diadakan untuk mendorong orang supaya memainkan peranan bagi memastikan kebersihan alam sekitar. Ia juga adalah untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam seseorang individu. Salah satu nilai yang dapat diraih melalui kempen ini ialah nilai bertanggungjawab. Nilai ini membuat sesorang menjadi individu yang lebih baik dan yang boleh menjadi rakyat yang berguna. Kempen ini juga diadakan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Singapura tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kehijauan negara. Melalui kempen ini, banyak faedah yang boleh diraih. Contohnya, ia boleh membuat seseorang mengamalkan gaya hidup mesra alam. Ia juga memberi inspirasi kepada rakyat Singapura untuk mengutamakan dan menjaga kebersihan alam sekitar.
Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mengutip sampah. Ramai rakyat Singapura digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti tersebut supaya bersama-sama dapat melakukan perubahan yang baik kepada alam persekitaran Singapura. Dengan mengutip sampah, mereka akan sedar betapa penatnya pekerja pembersih selalu membersihkan kawasan-kawasan kotor setiap hari. Dengan itu, mereka akan lebih prihatin dan tidak akan membuang sampah sembarangan.

Monday, 3 March 2014

'Clean and Green Singapore'
- untuk mendorong orang supaya memainkan peranan bagi memastikan kebersihan alam sekitar
- untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam seorang individu
- memulakan komuniti-komuniti baru yang mengutamakan kebersihan alam sekitar