Sunday, 9 March 2014

Kempen yang berkaitan dengan Alam Sekitar

Kempen 'Clean and Green Singapore' diadakan untuk mendorong orang supaya memainkan peranan bagi memastikan kebersihan alam sekitar. Ia juga adalah untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam seseorang individu. Salah satu nilai yang dapat diraih melalui kempen ini ialah nilai bertanggungjawab. Nilai ini membuat sesorang menjadi individu yang lebih baik dan yang boleh menjadi rakyat yang berguna. Kempen ini juga diadakan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Singapura tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kehijauan negara. Melalui kempen ini, banyak faedah yang boleh diraih. Contohnya, ia boleh membuat seseorang mengamalkan gaya hidup mesra alam. Ia juga memberi inspirasi kepada rakyat Singapura untuk mengutamakan dan menjaga kebersihan alam sekitar.
Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mengutip sampah. Ramai rakyat Singapura digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti tersebut supaya bersama-sama dapat melakukan perubahan yang baik kepada alam persekitaran Singapura. Dengan mengutip sampah, mereka akan sedar betapa penatnya pekerja pembersih selalu membersihkan kawasan-kawasan kotor setiap hari. Dengan itu, mereka akan lebih prihatin dan tidak akan membuang sampah sembarangan.

Monday, 3 March 2014

'Clean and Green Singapore'
- untuk mendorong orang supaya memainkan peranan bagi memastikan kebersihan alam sekitar
- untuk memupuk nilai-nilai yang baik dalam seorang individu
- memulakan komuniti-komuniti baru yang mengutamakan kebersihan alam sekitar

Tuesday, 28 January 2014

Soalan untuk Petikan Memburu Kejayaan

- Apakah penyakit yang dihadapi oleh ayah Cik Rahmah?
- Siapakah konsultan perniagaan yang bertanggungjawab  bagi cawangan tempat Cik Rahmah bertugas?
- Bilakah Cik Rahmah mula bertugas?
- Dimanakah Cik Rahmah bekerja?
- Bagaimanakah sikap Cik Rahmah terhadap anak-anak buahnya?
- Mengapakah Cik Rahmah tangguhkan peningkatan peribadinya?

Monday, 5 March 2012

Bagai Hujan Jatuh Ke Pasir

  Kasim dan Halim rakan karib sejak berada di sekolah rendah. Hubungan mereka sangat rapat. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama sehingga ke hari ini. Mereka membuat semua perkara bersama-sama dan selalu menasihati antara satu sama lain. Pada suatu hari, Kasim terlibat dalam suatu kemalangan apabila mahu ke sekolah ugamanya. Dia dimasukkan ke hospital. Pada dua minggu berturut-turut, Halim terpaksa ke sekolah bersendirian. Dia tidak mempenyai tempat untuk mendapatkan nasihat daripada rakan yang paling dia percayai.
  Halim mula bergaul dengan remaja-remaja di luar sekolah. Dia leka dalam pelajarannya dan tidak melakukan ibadah. Kasim, yang berada di hospital, tidak tahu sebarang perkara tentang perubahan Halim. Selepas tiga minggu berada di hospital, Kasim dibenarkan pulang. Dia sangat gembira kerana dia boleh ke sekolah dan bertemu degan Halim. Tanpa pengetahuannya, dia telah digantikan oleh remaja yang sudah berhenti bersekolah.
  Pada keesokan harinya, Kasim ke sekolah bersendirian kerana dia mahu memberi Halim kejutan setibanya dia ke sekolah. Di sekolah, Kasim tidak ternampak batang hidung Halim. Kasim pun bertanya pada rakan-rakannya tentang Halim. Alangkah terperanjatnya Kasim, apabila mendengar bahawa Halim sering ponteng sekolah dan tidak peduli tentang pelajarannya lagi. Kasim membuat keputusan untuk mencari Halim dan mengekorinya untuk mengetahui perkara yang sebenar.
  Dua hari kemudian, dalam perjalanan balik ke sekolah, Kasim ternampak Halim berfoya-foya di kolong blok rumahnya. Kasim terus bergegas ke arah Halim dan merenung ke dalam mata Halim. Kasim menenangkan dirinya dan bercakap dengan perlahan dan dengan suara yang kebimbangan. Dia menasihatkan Halim bahawa apa yang dia lakukan semua sia-sia dan tidak berfaedah. Dia mengingatkan Halim tentang pelajaran dan ibadahnya dengan harapan Halim akan berubah dan kembali seperti dahulu lagi.
  Kasim pergi ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Penyesalan terpampar di raut wajah Kasim apabila dia mendapat tahu Halim tidak ke sekolah. Dia merasakan nasihat-nasihat yang dia berikan kepada Halim sia-sia. Dia membuat keputusan untuk meneruskan pelajarannya tanpa Halim dengan perasaan tahu bahawa dia tidak ada harapan untuk merubahkan Halim walaupun nasihat-nasihat yang mendalam sudah diberikan kepadanya. Bak kata pepatah bagai hujan jatuh ke pasir, semua nasihat-nasihat itu hanya sia-sia.

Tuesday, 14 February 2012

Renungan

1. Isu utama yang ditimbulkan di dalam petikan akhbar ini ialah tentang kes pencurian basikal yang semakin meningkat .
2. Pemilik-pemilik basikal perlu memberikan perhatian terhadap artikel ini .
3. Kes ini menjadi bertambah teruk pada tahun lalu .
4. Basikal-basikal curian ini dijual di Sungei Road, bazar di City Plaza dan lokasi sementara di estet perumahan di Jurong, Woodlands dan Sembawang .
5. Kes kecurian basikal ini boleh dikurangkan dengan menyimpan basikal di rumah apabila ia tidak digunakan, mengunci basikal di tempat khas, mengunci peralatan yang boleh ditanggal dan menggunakan skim label keselamatan basikal .
6. Pada pendapat saya, kes pencurian basikal ini semakin bertambah kerana pemilik-pemilik basikal tidak prihatin dengan keselamatan basikal mereka dan leka dalam menjaga basikal mereka dan pencuri basikal mengambil kesempatan itu .

Thursday, 26 January 2012

Renungan Artikel

Pada pendapat saya , beliau seorang yang tabah bila menghadapi sesuatu masalah . Beliau hilang selama dua hari di Taman Negara Gunung Rainier , Washington . Beliau tergelincir dan terpisah dari kumpulan yang dibawanya . Beliau mengorek terowong salji dan membakar wang supaya kekal hangat untuk hidup di dalam kondisi itu . Kemahiran yang dipelajari oleh beliau ketika bertugas sebagai askar telah membantunya untuk hidup . Beliau ditemui oleh teman rengernya . Saya telah pelajari bahawa wang kertas adalah bahan pembakar terbaik . Saya juga telah pelajari bahawa kita harus bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah yang sulit . Mengikut artikel ini , beliau telah menunjukkan bahawa duit hanya sekeping kertas . Nyawa kita adalah lebih penting .

Biodata Saya

  • Nama : Fatin Farhanah Binte Mohammad Fauzi
  • Sekolah : Sekolah Menengah Compassvale
  • Kelas : 1H
  • Rakan Baik Di CVSS : Dewi Azliha dan Farah Nabilah .
  • Hari Lahir : 07 Januari 1999
  • Hobi : Bermain bola keranjang , menonton bola sepak , bermain basikal dan menyanyi .
  • Lagu Melayu Kegemaran : Takku sangka takku duga & Khilaf .
  • Pasukan Bola Sepak Kegemaran : Manchester United (: