Halim mula bergaul dengan remaja-remaja di luar sekolah. Dia leka dalam pelajarannya dan tidak melakukan ibadah. Kasim, yang berada di hospital, tidak tahu sebarang perkara tentang perubahan Halim. Selepas tiga minggu berada di hospital, Kasim dibenarkan pulang. Dia sangat gembira kerana dia boleh ke sekolah dan bertemu degan Halim. Tanpa pengetahuannya, dia telah digantikan oleh remaja yang sudah berhenti bersekolah.
Pada keesokan harinya, Kasim ke sekolah bersendirian kerana dia mahu memberi Halim kejutan setibanya dia ke sekolah. Di sekolah, Kasim tidak ternampak batang hidung Halim. Kasim pun bertanya pada rakan-rakannya tentang Halim. Alangkah terperanjatnya Kasim, apabila mendengar bahawa Halim sering ponteng sekolah dan tidak peduli tentang pelajarannya lagi. Kasim membuat keputusan untuk mencari Halim dan mengekorinya untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Dua hari kemudian, dalam perjalanan balik ke sekolah, Kasim ternampak Halim berfoya-foya di kolong blok rumahnya. Kasim terus bergegas ke arah Halim dan merenung ke dalam mata Halim. Kasim menenangkan dirinya dan bercakap dengan perlahan dan dengan suara yang kebimbangan. Dia menasihatkan Halim bahawa apa yang dia lakukan semua sia-sia dan tidak berfaedah. Dia mengingatkan Halim tentang pelajaran dan ibadahnya dengan harapan Halim akan berubah dan kembali seperti dahulu lagi.

Besarnye huruf2 ini. :D
ReplyDeletePlease visit my blog
Just FYI, there’s an event for bloggers and the prizes are iPad2 and Cash. Find the info here. :)