Monday, 5 March 2012

Bagai Hujan Jatuh Ke Pasir

  Kasim dan Halim rakan karib sejak berada di sekolah rendah. Hubungan mereka sangat rapat. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama sehingga ke hari ini. Mereka membuat semua perkara bersama-sama dan selalu menasihati antara satu sama lain. Pada suatu hari, Kasim terlibat dalam suatu kemalangan apabila mahu ke sekolah ugamanya. Dia dimasukkan ke hospital. Pada dua minggu berturut-turut, Halim terpaksa ke sekolah bersendirian. Dia tidak mempenyai tempat untuk mendapatkan nasihat daripada rakan yang paling dia percayai.
  Halim mula bergaul dengan remaja-remaja di luar sekolah. Dia leka dalam pelajarannya dan tidak melakukan ibadah. Kasim, yang berada di hospital, tidak tahu sebarang perkara tentang perubahan Halim. Selepas tiga minggu berada di hospital, Kasim dibenarkan pulang. Dia sangat gembira kerana dia boleh ke sekolah dan bertemu degan Halim. Tanpa pengetahuannya, dia telah digantikan oleh remaja yang sudah berhenti bersekolah.
  Pada keesokan harinya, Kasim ke sekolah bersendirian kerana dia mahu memberi Halim kejutan setibanya dia ke sekolah. Di sekolah, Kasim tidak ternampak batang hidung Halim. Kasim pun bertanya pada rakan-rakannya tentang Halim. Alangkah terperanjatnya Kasim, apabila mendengar bahawa Halim sering ponteng sekolah dan tidak peduli tentang pelajarannya lagi. Kasim membuat keputusan untuk mencari Halim dan mengekorinya untuk mengetahui perkara yang sebenar.
  Dua hari kemudian, dalam perjalanan balik ke sekolah, Kasim ternampak Halim berfoya-foya di kolong blok rumahnya. Kasim terus bergegas ke arah Halim dan merenung ke dalam mata Halim. Kasim menenangkan dirinya dan bercakap dengan perlahan dan dengan suara yang kebimbangan. Dia menasihatkan Halim bahawa apa yang dia lakukan semua sia-sia dan tidak berfaedah. Dia mengingatkan Halim tentang pelajaran dan ibadahnya dengan harapan Halim akan berubah dan kembali seperti dahulu lagi.
  Kasim pergi ke sekolah seperti biasa pada keesokan harinya. Penyesalan terpampar di raut wajah Kasim apabila dia mendapat tahu Halim tidak ke sekolah. Dia merasakan nasihat-nasihat yang dia berikan kepada Halim sia-sia. Dia membuat keputusan untuk meneruskan pelajarannya tanpa Halim dengan perasaan tahu bahawa dia tidak ada harapan untuk merubahkan Halim walaupun nasihat-nasihat yang mendalam sudah diberikan kepadanya. Bak kata pepatah bagai hujan jatuh ke pasir, semua nasihat-nasihat itu hanya sia-sia.